Tuesday, July 31, 2018






BIL

KANDUNGAN

1.0

ISI KANDUNGAN

2.0

PENDAHULUAN


3.0
3.1


APA ITU SYIRIK
JENIS-JENIS SYIRIK

4.0
        4.1
APA ITU KHURAFAT
CONTOH KHURAFAT DALAM FILEM
5.0

PENDAPAT KAMI TENTANG AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG ADA DALAM DRAMA DAN FILEM DI MALAYSIA
6.0

KESIMPULAN
7.0

RUJUKAN
8.0

LAMPIRAN


Assalamualaikum w.b.t



2.0 PENDAHULUAN
Pada zaman sekarang, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar. 

     Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak.

     Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami ingin mengupas lebih lanjut tentang amalan syirik dan khurafat dalam filem yang mengancam akidah umat islam zaman sekarang dan bagaimana cara mengatasi masalah ini dari berleluasa.





3.0 APA ITU SYIRIK



SYIRIK

Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.

Potongan ayat dari Al-Quran
1.sebagai perbuatan dosa besar yang paling besar dan tidak dapat diampunkan oleh Allah swt. Dalam Al-Quran disebutkan yang ertinya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.

2. Orang yang mensyirikkan Allah swt dinilai sebgai orang kafir,haram masuk syurga dan ditempatkan di neraka jahanam. Kutukan seperti ini sesuai dengan firman-Nya dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 72 yang ertinya:

Dan jikalau mereka mempersekutukan Tuhan, sungguh menjadi sia-sialah apa yang mereka lakukan

Syirik adalah dosa yang paling besar

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Mahukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar? "Kami menjawab,Ya wahai Rasulullah!", baginda bersabda berbuat syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.

3.1 JENIS JENIS SYIRIK


i. SYIRIK BESAR

  • mempercayai adanya tuhan selain Allah
  • takut kepada orang-orang yang telah mati,jin atau syaitan
  • mentaati selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah.

Surah At-Taubah 9:31

Ertinya:"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al-Masih putera Maryam,padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa,tidak ada tuhan selain Dia Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan".

ii. SYIRIK KECIL

Sy
irik ini ini terbahagi kepada dua iaitu syirik zahir dimana dilakukan melalui perkataan,di mana kata-katanya itu syirik, tetapi tidak semestinya mengeluarkan pelakunya dari Islam.Syirik zahir dari perbuatan ialah dengan memakai tangkal untuk menjadikan dirinya kebal.Selain itu syirik tersembunyi lebih kepada niat/keinginan. Niat yang dimaksudkan adalah riyak (mahu dilihat oleh manusia) atau sum’ah (mahu orang mendengar tentangnya iaitu ingin jadi terkenal/popular)

Surah Al-Kahfi 18:110

Ertinya:"Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu,yang diwahyukan kepadaku:"bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa",barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.


Contoh dalam filem

Konsep pemindahan minda manusia ke dalam komputer itu juga ada ditonjolkan dalam filem Captain America - The winter soldier. Dalam filem tersebut ditunjukkan Captain America telah masuk ke sebuah makmal komputer lama tentera Jerman dan di situlah dia menemui satu sistem komputer yang masih hidup beserta dengan Dr. AmimZola yang telah bergabung menjadi komputer itu sendiri. Walaupun nampak banyak kebaikan yang dilakukannya dalam filem tersebut tetapi seolah-olah dia telah memainkan peranan seperti Tuhan.






Filem Edge of tomorrow pun tidak kurang mengarutnya. Akibat terkena suatu bahan dari makhluk asing, menyebabkan apabila Lt.Col.Bill Cage mati, dia akan hidup kembali ke satu waktu yang sama. Dan ianya sentiasa berulang-ulang, jika mati dia akan hidup balik, mati hidup balik di tempat yang sama. Seolah-olah bahan yang ada pada makhluk asing tadi pula yang dapat mengawal takdir.

Doraemon seolah-olah seperti Tuhan yang mampu memenuhi setiap permintaan nobita, avatar dan naruto yang mempercayai adanya dewa-dewa, seperti dewa angin, dewa api, dewa air, dan dewa-dewa lainnya. Padahal dalam islam jelas Allah pemilik dan penguasa semua itu. sangat jelaslah unsur-unsur kesyirikan dalam filem-filem tersebut



4.0 APA ITU KHURAFAT


KHURAFAT

Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
ayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .
Pengertian khurafat dalam Islam

Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan.

Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.

Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar."  Surah al-Nisa’, ayat 48

Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.

Firman Allah:

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا

Maksudnya

Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)

Contohnya,

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.

Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.

Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.

Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).

4.1 CONTOH KHURAFAT DALAM FILEM

Kebanyakkan filem seram di Malaysia menunjukkan amalan-amalan khurafat kepada khalayak ramai seperti amalan menyembuhkan penyakit dengan berjumpa dengan bomoh bagi meminta untuk disembuhkan. Sebagaimana yang diketahui amalan ini memerlukan komunikasi antara manusia(bomoh) dan jin atau syaitan.


Amalan seterusnya adalah melalui filem ‘Ngangkung’ di mana amalan memuja di kawasan tanah perkuburan untuk meminta petunjuk mengenai nombor ekor. Tiga watak utama filem tersebut bersama bomoh telah menjalankan amalan tersebut di sebuah kubur lama dengan beberapa jenis jampi.


5.0 PENDAPAT KAMI TENTANG AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG ADA DALAM DRAMA DAN FILEM DI MALAYSIA


Kemajuan dalam industri media telah menghasilkan pelbagai bentuk penyampaian maklumat atau mesej. Di Malaysia, filem mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakatnya terutama golongan remaja. Walaupun, fungsinya sebagai alat hiburan dan seni, filem amat sarat dengan mesej yang positif mahupun negatif. 

          Oleh itu, perlu dipastikan penerbit filem mematuhi dasar-dasar dan aspirasi kerajaan supaya ia memberi manfaat kepada rakyatnya. Bukan semata-mata mendapatkan keuntungan yang tinggi dari jualan filem tersebut. Justeru kajian ini akan mengkaji pengaruh filem terhadap akidah umat Islam dengan menganalisis unsur-unsur atau mesej yang terdapat di dalam tiga filem seram terpilih dengan pemerhatian tanpa turut serta. 

         Selain itu, analisis data turut digunakan. Hasil kajian ini mendapati terdapat pengaruh yang sangat signifikan dalam filem-filem itu yang memaparkan unsur-unsur syirik yang boleh mengoyah akidah umat Islam. Lantaran itu, peranan semua pihak amat diperlukan bagi menangani isu syirik tidak lagi dipaparkan di dalam filem kerana ia merosakkan akidah dan melemahkan iman seseorang yang bakal menyumbang untuk pembangunan negara pada masa akan datang.


Pada pendapat saya,filem adalah wadah yang menggambarkan kehidupan dan segala permasalahan yang berkaitan dengannya. Filem juga merupakan jendela dan cermin kehidupan. Filem membentuk dunianya yang tersendiri di antara realiti dan ilusi, antara kebenaran dan imaginasi. Subjek bagi setiap filem ialah manusia. Bertitik tolak daripada gaya yang realistik yang merakam kehidupan manusia, filem kemudiannya menjadi media seni yang cukup ekspresif dan paling mencabar pada abad-21 ini. 


          Malah, filem juga adalah sebagai media yang dapat menyalurkan unsur-unsur seni yang telah memberi peluang kepada artis untuk menyalurkan vision mereka. Filem juga merupakan media seni hiburan yang menggabungkan keupayaan teknologi dan kemahiran seni persembahan. Hiburan yang disalurkan melalui media komunikasi ini dengan mudah dapat mempengaruhi masyarakat. Filem yang dihasilkan cuba disesuaikan dengan keperluan semasa penonton sehingga ianya dapat berkembang dengan popular. Inovasi teknologi filem sebagai media komunikasi kemudiannya menjadi media penting menyalurkan unsur-unsur hiburan yang bersifat komersial. 

         Di Malaysia, industri filem merupakan industri yang dianggap kecil untuk memenuhi keperluan populasi rakyat Malaysia. Pihak kerajaan terpaksa bergelut untuk mempromosikan industri ini ke pasaran antarabangsa kerana terpaksa bersaing dengan kemasukan filem yang pelbagai dari Hollywood. Malah pihak kerajaan juga amat meitikberatkan industri filem mematuhi pelaksanaan syariat untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Apatah lagi penghasilan filem Melayu sama ada secara lansung atau tidak sebenarnya menjadi tujuan agama. 

         Filem merupakan salah satu alat proses pembelajaran yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Malah usaha untuk mempromosikan filem Melayu berunsurkan agama dan menepati syariat dapat membantu melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun pada masa ini, filem seram semakin menjadi tarikan dalam masyarakat Malaysia. 

          Kebanjiran filem seram adalah cuma satu trend ketika masyarakat kita sedang menggemari kisah mistik, dunia hantu dan apa sahaja yang berkaitan dengan fantasi. Namun, ada sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa lambakan filem seram boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan diri remaja Islam termasuklah memesongkan akidah, merendahkan minda, tidak membantu mutu filem dan sekadar menguntungkan penerbit. 

           Oleh itu, kajian ini akan membincangkan pengaruh filem terhadap akidah seseorang muslim dengan meganalisis unsur-unsur syirik yang terdapat di dalamnya.  

Senarai filem,drama atau sebarang audio visual yang mengandungi unsur-unsur keramat,khurafat,tahyul,kebudayaan karut atau ghaibiyat:

Filem

1.Jangan pandang belakang





2.Rasukan ablasa




3.Histeria








4.Maut





6.Zombi Kampung Pisang






Drama

1.Puaka Niyang Rapik



2.Anak Betong



3.Kliwon






6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya. Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar. Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.

Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman


7.0 RUJUKAN















No comments:

Post a Comment